Data kata-kata yang pernah dituturkan oleh Nabi Muhammad dapat dikategorikan ke dalam 2 jenis:
1. Kata-kata Nabi Muhammad bercakap kepada manusia lain. Kajian ini menganalisis data jenis ini sahaja.
2. Kata-kata Nabi Muhammad bercakap kepada Tuhan. Kata-kata jenis ini adalah dalam bentuk doa. Data jenis ini tidak dianalisis bagi tujuan kajian ini.
Contoh: Dari teks hadith di bawah ini, hanya kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad sahaja yang dianalisis, yakni yang diwarnakan merah sahaja.
Hadith 'Tuhan di Langit'
Muawiyah memberitahu, "Saya pernah mempunyai seorang hamba wanita yang bekerja menggembala kambing milik saya di kawasan Uhud dan Jawwaniyyah. Pada suatu hari, saya membuat pemeriksaan dan saya dapati seekor kambing telah dimakan serigala. Saya adalah manusia biasa yang boleh marah seperti mana orang lain marah, dan saya telah menamparnya satu kali. Kemudian saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, dan beliau menganggap masalah saya itu masalah berat. Saya berkata, "Wahai Rasul Allah, apakah saya patut membebaskan dia?" Nabi Muhammad berkata,
"Bawa dia ke sini." Lalu saya pun membawa hamba saya itu kepada Rasulullah. Beliau bertanya kepada hamba saya itu:
"Di mana Allah?" Hamba saya menjawab: "Di langit." Nabi Muhammad bertanya lagi:
"Siapa saya?" Dia menjawab: "Tuan adalah Rasul Allah." Nabi Muhammad berkata:
"Bebaskan dia, sesungguhnya dia seorang wanita beriman." - Hadith ini terdapat dalam rekod hadith autentik koleksi Imam Muslim
Bagi tujuan kajian ini, analisis dilakukan ke atas data original dalam bahasa Arab. Namun bagi tujuan melaporklan hasil analisisnya, terjemahan dalam bahasa Melayu akan diberikan.