Agenda Blog Ini


1. Melaporkan projek analisis linguistik pada hadith.

2. Melaporkan penemuan-penemuan projek ini dan menerangkan aplikasinya.


Bagaimana Data Lingusitik Dipilih


Data hadith dalam kajian ini diambil dari buku "Sahih al-Huffaz mimma Ittafaqa 'Alayhi A'immah al-Sittah" (Sahih al-Huffaz Daripada Apa yang Disepakati oleh Enam Imam).

Kitab ini mengandungi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh 6 tokoh pengakaji hadith yang paling autoritatif:

Imam Bukhari
Imam Muslim
Imam Tirmizi
Imam Abu Daud
Imam Nasa'i
Imam Ibnu Majah


Data hadith yang dianalisis adalah dari 256 hadith, yang pada teksnya terkandung kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad kepada manusia lain, verbatim.

Jumlah semua perkataan dalam 256 hadith itu adalah 5580.



Data Linguistik yang Dianalisis dan Tidak Dianalisis


Data kata-kata yang pernah dituturkan oleh Nabi Muhammad dapat dikategorikan ke dalam 2 jenis:

1. Kata-kata Nabi Muhammad bercakap kepada manusia lain. Kajian ini menganalisis data jenis ini sahaja.

2. Kata-kata Nabi Muhammad bercakap kepada Tuhan. Kata-kata jenis ini adalah dalam bentuk doa. Data jenis ini tidak dianalisis bagi tujuan kajian ini.

Contoh: Dari teks hadith di bawah ini, hanya kata-kata yang diucapkan oleh Nabi Muhammad sahaja yang dianalisis, yakni yang diwarnakan merah sahaja.

Hadith 'Tuhan di Langit'
Muawiyah memberitahu, "Saya pernah mempunyai seorang hamba wanita yang bekerja menggembala kambing milik saya di kawasan Uhud dan Jawwaniyyah. Pada suatu hari, saya membuat pemeriksaan dan saya dapati seekor kambing telah dimakan serigala. Saya adalah manusia biasa yang boleh marah seperti mana orang lain marah, dan saya telah menamparnya satu kali. Kemudian saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, dan beliau menganggap masalah saya itu masalah berat. Saya berkata, "Wahai Rasul Allah, apakah saya patut membebaskan dia?" Nabi Muhammad berkata, "Bawa dia ke sini." Lalu saya pun membawa hamba saya itu kepada Rasulullah. Beliau bertanya kepada hamba saya itu: "Di mana Allah?" Hamba saya menjawab: "Di langit." Nabi Muhammad bertanya lagi: "Siapa saya?" Dia menjawab: "Tuan adalah Rasul Allah." Nabi Muhammad berkata: "Bebaskan dia, sesungguhnya dia seorang wanita beriman." - Hadith ini terdapat dalam rekod hadith autentik koleksi Imam Muslim

Bagi tujuan kajian ini, analisis dilakukan ke atas data original dalam bahasa Arab. Namun bagi tujuan melaporklan hasil analisisnya, terjemahan dalam bahasa Melayu akan diberikan.